Jul 1, 2011

roti sosej

roti sosej di jepun???harammmm desu!!!hehehe
so,sbb asek tgk aje kt kdai roti tp xleh nk bli..merangkak2 blk umh cr resipi..hehe..xsusah pon nk cr resipi nih..byk aje kn..

sumber:myresipi..


Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 120ml susu segar
  • 50g telur (miey gne sebijik)
  • 300g tepung roti
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar gula
  • 60g butter
  • 1 sudu kecil dry yeast
  • ******************
  • 12 btg sosej
  • sos tomato/cili
  • mayonis
  • telur untuk sapu

cara-cara..
  1. Masukkan semua bahan di atas bertanda (**) ke dalam breadmaker. On kan tunggu siap.
  2. Bila dah siap. Keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin.
  3.  Bahagikan kepada 12 bahagian. Rehatkan 10 minit
  4. Ambik sebiji roti. Buat bentuk panjang lebih kurang 30cm.
  5.  Pada bahagian hujung, buat leper sebagai tempat penyambung
  6.  Kemudian sambungkan pada bahagian hujungnya
  7.  Letakkan sosej pada bahagian tengah. Ulang langkah 4-6 sampai habis.
  8.  Biar naik 2 kali ganda. Kemudian sapukan dengan telur
  9. Bakar pada suhu 180C selama 10 minit. Kalau roti belum nampak perang, biarkan dalam oven selama 5-6 minit selepas bakar sebelum dibawa keluar dr oven.
  10.  Keluarkan roti dari oven dan sejukkan. Bila nak makan bolehlah letak sos dan mayonis.