Jun 29, 2011

sweet rolls apple bun



 hangit ckit..hehehe



Bahan-bahanya
*Untuk Doh*
200gram tepung roti
1/3 sudu kecil garam
1 sudu besar skim milk@susu tepung
2 sudu besar gula
1/2 biji telur
1 1/2  sudu besar marjerin ( boleh ganti denga butter atau shortening)
100ml susu segar ( atau air suam)
1 1/2 sudu kecil yis
*untuk filling*
2 sudu besar serbuk cinnamon
2biji biji apple merah ( dipotong nipis ketebalan lebih kurang 1cm)
sedikit gula
* Untuk Toping* - badam cincang atau badam slice
Caranya.
1. Ambil buah epal yang siap dihiris tadi dan masukkan di dalam periuk, kemudian curah 1/2 cawan air dan 2 sudu besar gula,  masak sehingga hirisan epal agak layu dan air kering, angkat dan sejukkan.
2. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 5 di bawah.

3. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

4. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
5. Terap Doh memanjang, panjang lebih kurang 30cm dan ketebalan 2cm, taburkan permukaan doh dengan 1 sudu besar serbuk cinamon dan 2 sudu kecil gula, ratakan ke seluruh doh, dan akhir sekali susun pula hirisan epal tadi.
6. Gulung doh memanjang dan potong doh pada 5 atau 6 bahagian, atur di dalam acuan bulat berukuran 18cm. Biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 40 minit, gliss permukaan doh dengan 1 sudu kecil susu segar dan beberapa titik madu dan toppingkan dengan badam cincang atau badam slice.
7. Akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 23 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar glis pemukaan roti dengan marjerin untuk doh lebih berkilat, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun, Sesuai untuk sarapan dan hidangan minum petang. Selamat Mencuba.

chocolate banana muffin








bahan2
  • 1 1/2 cwn tepung gndum
  • 1 cwn gula
  • 1/4 cwn serbuk koko
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1/2 sk garam
  • 1/4 sk baking powder
  • 1 1/3 pisang(penyek habis-habisan)hehe
  • 1/3 cwn myk masak
  • 1 biji telur
  • coklat chip(suke aty)

cara2

  1. dlm bekas besar cmpur je sume bahan kering
  2. dlm bekas lain cmpur pisang+telur+minyak..pastu pukul smpai puas aty
  3. campurkan bahan 1 dan 2..kacau sebati..
  4. last,masukkn coklat chip
  5. bakar 180 celcius,20-25 minit..

blueberiberi strawberi cheese cake...




blueberiberi strawberi cheese cake
sumber:myresipi


Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )

  • 4-5 keping slice cheese
  • 200 ml susu segar
  • 70 gram butter atau marjerin
  • 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
  • 70 gram gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila

Cara-cara

  1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  5. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
  8. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.
hiasan
wipping cream
jem blueberry+jem strawberry
strawberry+blueberry

kek ni  potong kt tgh2..layer dgn jem strawberry+hirisan strawberry+wipping cream...pastu mandikan kek ni dgn wipping cream lak..sapu lawa2,,atur jelah buah2 kt tepi tu kn..jem blueberry lak wat bntuk LOVE..hehehe..c0mey kn..

...selamat mencuba...

makaroni bakar




makaroni bakar
sumber:my resipi

Bahan-bahan ( 5 )

  • 300gm macaroni
  • 250 gm daging cincang
  • 4 biji telor (pukul kembang)
  • 3 sudu rempah kari
  • 2 labu bawang besar
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan air
  • sedikit keju parut
  • minyak utk menumis & garam

Cara-cara

  1. rebus makaroni hingga empuk & toskan
  2. kemudian panaskan minyak & tumis bawang besar bersama rempah kari sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukan daging & kacau rata hingga daging masak
  4. Selepas itu masukkan susu garam dan gula. Kacau rata
  5. Masukan makaroni air dan kacau hingga mendidih.
  6. Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak.
  7. Tuangkan telor dan taburkan keju. Bakar selama 180 C (45 minit}



...selamat mencuba..

donut tofu



sifu tuk donut  nih ialah kak r0s dr blog jintan manis..senang gler kot..just gne tepung pancake + tofu..kalo nk resipi klick je..niat aty nk wat topping taw tp xsempat lak..xpe2,laen kali ye..huhu

today i mls nk tulis resipi
so,korang tekan klick tu je
kuar trus page sifu ku
hehe




nie  buat tuk usrah mggu nih..suke tgk member2 mkn
lg2 ade yg ckp diorg mmg tringin nk mkn donut..
alhamdulillah..mmg rezeki diorg la kn..

c0z mase mencemburui ku
just g0lek2 ngn gula je..
hihi


ayam masak kicap bercili

setelah sekian lame xkutemu rakan2 batch ku...
ktorg b`kumpul lg kt umah ak..saje wat mkn2..rindu kot
tmbh2 m0od nk masak masih ade lg kn..
1st tyme try resipi nih..sedap gk arr..
sumber my resipi ler..


Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam dipotong suke hati-digaul dgn sedikit garam & serbuk kunyit dan digoreng
  • 1 labu bawang besar - dikisar (*)
  • 6 ulas bawang putih - dikisar (*)
  • 2 inci halia - dikisar (*)
  • 15-20 biji cili kering - dikisar berasingan daripada (*)
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 4 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • Rempah tumis secukupnya - bunga lawang, cengkih, kayu manis, dll
  • Minyak untuk menumis 
 Cara-cara
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan bertanda (*) bersama dengan rempah tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga terbit minyak.
  3. Masukkan kicap dan gula. Kacau hingga sebati dan mendidih.
  4. Masukkan air asam dan kacau lagi.
  5. Masukkan ayam dan gaul hingga kuah sebati dengan ayam.
  6. Akhir sekali masukkan potongan bawang besar dan kacau hingga bawang layu sedikit.
  7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Boleh ditabur dgn hirisan daun sup/bawang jika suka.

triffle custard

salam 1 Malaysia teman2ku..
nk update blog boley???..hihi..soalan sengal;p

mggu ni mcm biase ade usrah umah kak ecah..tiap2 mggu die msk taw..
ish2..mmg pemurah orgnye..m0ga2 diberkati oleh-Nya..
diriku yg t`lebey rajin nih mule la nk tunjuk bakat..hehe..
wat dessert lg!!!best tgk org mkn..dr mkn sorang2 tue..gler lonely kn..^_^





haaa..amacam???nmpk menarik x??
kalo x pon xpe..jujur je laaa..i xkesah..huk3
msti ikot step by step taw..

A..kek span
3 bijik telur
1 cwn tepung gndum
1 cwn gula
2 s/k susu segar
15g butter...pnskan susu n cairkn butter tue
esen vanilla

 **mule2 pnskan oven 180 celcius..asingkan telur kuning dan putih..
 **pukul telur kuning dgn 1/3 gula..smpai btul2 kembang
 **dlm bekas laen pukul putih telur dgn gula..smpai putih mcm aising gitu..
 **mskkn tpg yg dah diayak ckit2..gaul rata..pstu mskkn kuning telur+butter..susu+esen vanilla..kacau rata
 **lastly..bakar dlm mase 25-30 minit..

B..custard
3 bijik kuning telur
200g gula
750ml susu segar
20g tepung gndum
20g tepung jagung

1.pukul telur+gula smpai putih..pstu cmpur dgn susu segar..kacau smpai sume cair
2.mskkn tpg gndum+tpg jagung+esen vanilla...kacau sebati
3.kacau atas api yg sederhana kecik smpai pekat..

C..hiasan
agar-agar
buah cmpuran dlm tin


begitulah cara2 nk buat bnde alah nih..
mule2..bile kek da msk..potong kecik2 pstu susun dlm bekas
then,amek air dr buah cmpuran dlm tin tue..tuang ckit2 atas kek yg telah disusun..saje bg lembab ckit..sesudah diatur dgn lawanye,,tuang je custard td atas kek tue..amek buah2an cmpuran td dan susun ikot citarasa sendiri..kemudian,,tuang je agar2 kt atas..tggu sejuk n msk je dlm peti..
siap!!!!!...kaler tu ikot kaler feveret masing2..saye punye merah,kuning,hijau..huhu..mcm trafficlight la plk..br prasan..^_^

....selamat mencuba...